Prestasi jualan peniaga tempatan di Shopee kini dilihat terus membrangsangkan apabila berjaya meraih pertumbuhan jualan 25% dari tahun ke tahun sepanjang 12 bulan, setakat September lalu. Pencapaian itu melibatkan lebih 145,000 peniaga di medium Shopee Malaysia.
Mengikut tinjauan Pencapaian Shopee Super Awards 2022 itu, platform e-dagang tersebut turut berjaya meningkatkan kemahiran lebih daripada 251,000 peniaga tempatan dalam beralih ke platform atas talian pada tahun ini.
Malah prestasi yang baik pada tahun ini turut memaparkan lebih 140 peniaga baharu berjaya mencatat jualan lebihi RM500,000. Melihat pada perolehan positif ini, Shopee secara langsung akan menggandakan lagi usaha perkhidmatan e-dagang mereka buat perniagaan dan permintaan pengguna negara.
Untuk makluman setakat Ogos sahaja, prestasi e-dagang Malaysia telah berjaya mencatatkan paras pendapatan lebihi RM288 bilion, dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun bersama sokongan penyedia e-dagang.