Artikel

Selangor Bakal Semak Semula Harga Caj Penggunaan Beg Plastik

Menyedari penggunaan beg plastik semakin meningkat di negara, Selangor bakal teliti semula polisi caj kutipan beg plastik di peringkat negeri. Semakan ini berpotensi merangkumi harga caj dinaikkan bersama pelaksanaan hari tanpa plastik pada tahun hadapan.

Peningkatan pengguna beg plastik ini berlaku susulan kelonggaran yang diberi negeri berikutan berdepan sekatan ketika pandemik dalam tempoh 2 tahun lalu, khususnya bagi tindakan pembungkusan makanan dan barangan.

Maka mengikut makluman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini – terdapat kemungkinan penguatkuasaan isu beg plastik ini akan lebih ketat dan akan menarik balik lesen premis yang tidak mematuhi cara kutipan caj beg plastik ditetapkan.

Setakat akhir 30 Jun lalu Selangor catat kutipan caj beg plastik sebanyak RM4.8 juta dan dijangka berupaya mencecah lebih RM9 juta pada tahun ini berbanding tahun 2021 sekitar RM8.5 juta diikuti tahun 2020 sebanyak RM6.6 juta.