Artikel

63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan Wang Simpanan

Tatkala dunia sedang bersiap sedia depani jangkaan kelembapan ekonomi pada tahun 2023, ternyata status tunai rakyat Malaysia tidak menunjukkan persediaan tersebut apabila – didapati 63% akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan mereka, tidak lebih dari 3 bulan

Lebih membimbangkan tinjauan di bawah kajian literasi kewangan Malaysia RinggitPlus 2022 (RMFLS2022) ini mendapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia mampu menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Data ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang terburuk didapati sepanjang kajian dalam 5 tahun. 

Meskipun ia mengetirkan namun RMFLS 2022 memahami pelbagai faktor mendorong kepada kejatuhan status tunai rakyat negara. Khususnya dikala ekonomi kembali memulih bersama tekanan inflasi yang kian meruncing. 

Susulan cabaran itu, 65% rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas cenderung untuk keluarkan lebih banyak wang simpanan pencen KWSP mereka – sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran baharu. 

Manakala berdasarkan penyertaan pelaburan pula, didapati 52% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas masih belum mula melabur

Buat pengetahuan umum, ini perincian lanjut berhubung dapatan RMFLS 2022 berhubung status kewangan rakyat Malaysia : 

Simpanan dan Perbelanjaan

  • 70% responden menyimpan kurang daripada RM500 sebulan – peningkatan tahun ke tahun tertinggi sejak RMFLS bermula pada 2018
  • Hanya 5% rakyat Malaysia menyimpan lebih daripada RM1,500 sebulan, turun daripada 15% pada 2021 dan 20% pada 2020
  • 63% daripada responden boleh bertahan 3 bulan atau kurang dengan hanya simpanan mereka (berbanding 51% pada 2021)
  • 55% rakyat Malaysia membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan (berbanding 44% pada 2021)
  • 71% responden percaya bahawa mereka mengawal aliran wang mereka. Walaupun 43% daripada mereka membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan

Persaraan

  • 82% rakyat Malaysia percaya simpanan KWSP tidak mencukupi untuk persaraan. Dan rata-rata berpendapat bahawa simpanan KWSP mereka tidak mencukupi untuk persaraan
  • 41% masih belum memulakan perancangan kewangan untuk persaraan mereka
  • 66% responden masih akan mempertimbangkan untuk memohon lebih banyak pengeluaran KWSP jika kerajaan membenarkannya
  • 28% responden berumur 35 tahun ke atas belum mula merancang untuk persaraan mereka

Pelaburan

  • 52% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas masih belum mula melabur
  • Dalam kalangan kumpulan yang telah mula melabur, 52% daripada responden mempunyai selera risiko yang rendah lebih suka memelihara modal
  • 50% daripada kumpulan yang sama memilih pelaburan jangka sederhana 5-10 tahun
  • Pelabur belia (umur 18-35) mempunyai selera risiko rendah yang sama (54%) untuk pelaburan
  • 3 produk pelaburan teratas yang digemari oleh pelabur Malaysia ialah: unit amanah, saham dan mata wang kripto
  • Tiga faktor paling penting apabila memilih untuk melabur dengan penasihat robo ialah jenama yang dipercayai (59%), patuh Syariah (41%) dan rekod prestasi & prestasi sejarah yang mantap (38%).

 Pemerhatian dan trend lain

  • 45% mengaku telah berkongsi maklumat tentang kewangan peribadi mereka dalam talian
  • 59% daripada responden tidak tahu atau tidak mengetahui apa itu skor kredit
  • 32% rakyat Malaysia tidak mengetahui faedah skor kredit yang baik
  • Hanya 55% daripada pemegang kad kredit membayar bil mereka sepenuhnya setiap bulan. Baki 45% sama ada hanya membayar jumlah minimum (18%) atau apa sahaja yang mereka mampu bulan itu (27%)