AirAsia Super App kini memperkenalkan SUPER+iaitu produk langganan penerbangan buat para pengguna dengani nilai RM888. Membolehkan para pengguna nikmati perjalanan udara ke seluruh dunia bersama ganjaran pada perkhidmatan di bawah AirAsia.
Pada pelancaran hari ini, terdapat dua penawaran SUPER+ merangkumi SUPER+ Lite yang meliputi penawaran penerbangan destinasi Asean dan SUPER+ Premium merangkumi akses penerbangan ke seluruh negara termasuk Jepun, korea Selatan, Australia, New Zealand, India, Maldives, Hong Kong, Taiwan dan Arab Saudi.
Kedua-dua pilihan ini akan membenarkan para pengguna turut nikmati diskaun 10% tanpa had bagi khidmat AirAsia Ride dan diskaun 5% tanpa had untuk semua hotel pada AirAsia Super App.
Lebih menarik penawaran produk SUPER+ ini hanya tersedia untuk 200,000 pelan langganan sahaja untuk didapati dan boleh dibeli di aplikasi AirAsia Super atau layari https://app.airasia.com/F4uy/asdjenl4 bermula hari sehingga lewat malam 11 Disember 2022.
Buat pengetahuan umum, ini harga pelan langgan SUPER+ mengikut negara;
-
RM888 di Malaysia
-
THB6,999 di Thailand
-
PHP11,000 di Filipina
-
IDR4 mil di Indonesia
-
AUD309 di Australia
-
KRW268,888 di Korea Selatan
-
SGD269 di Singapura
-
USD199 untuk negara lain