Artikel

Isu Monopoli Import Beras : PM Anwar Akan Kaji, Tekad Pelihara Nasib Pesawah

Isu berkaitan dasar monopoli import beras yang dilihat menguntungkan pemodal, PM Anwar hari ini memaklumkan kajian akan dilaksanakan semula ke atas hak pengimport tunggal kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Di mana penelitian itu merujuk kepada isu monopoli beras melibatkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang membeli dan kini miliki 92% pegangan Bernas – perolehan antaranya milik Tan Sri Tan Boon Seng sekitar RM800 juta. Sementara perolehan pegangan RM400 juta pula melalui Datuk Seri Shahidan Kassim.

Jelas PM Anwar, di bawah Kerajaan Perpaduan – pentadbirannya sama sekali tidak mengizinkan cara pembolotan kekayaan oleh tokoh politik dilaksana dengan mudah, pihaknya nekad untuk lindungi dan pelihara nasib para pesawah.

Berdasarkan perbincangan PM Anwar bersama Tan Sri Syed Mokhtar, pada bulan ini peruntukan sekitar RM10 juta akan disalurkan kepada pesawah padi miskin dan dijangka RM50 juta peruntukkan seterusnya akan disalurkan pada tahun 2023.