Kontrak rangkaian 5G yang bernilai RM11 bilion yang diberikan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) kini diarahkan disemak semula untuk meneliti ketelusan proses tender.
Arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini akan melibatkan semakan DNB iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) bersama pihak telekomunikasi Sweden Ericsson yang dicapai bagi penganugerahan kontrak dilakukan ketika pentadbiran terdahulu.
Langkah tersebut mengikut laporan MalaysiaKini adalah untuk mengetahui prosedur kewangan yang tepat dan ketat bagi memastikan ia dilaksana pada kaedah yang betul.
Seperti yang umum ketahui DNB di bawah MOF (diperbadankan) dan telah diberi peranan menjadi pihak neutral dalam membangunkan rangkaian 5G di seluruh Malaysia.