Artikel

Menteri Setuju Potong Gaji 20%, Sehingga Ekonomi Pulih – PM Anwar Ibrahim

Pada sidang media Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini (5 Disember), PM mengumumkan pada sidang mesyuarat pagi tadi, kabinet menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji 20% sebagai tindak-balas membantu memulihkan ekonomi negara.

Tindakan ini menurut PM Anwar akan dilaksanakan sehingga ekonomi Malaysia kembali pulih. Ini bermakna tiada tempoh mutlak pemotongan gaji ini dilaksanakan.

Selain pendekatan itu, PM Anwar turut memaklumkan cabutan khas perjudiaan akan dikurangkan kepada 8 kali setahun pada 1 Januari 2023 kelak berbanding 22 kali semasa dilaksanakan pada pentadbiran sebelum ini.

Malah sidang juga memperincikan beberapa perkara antaran Timbalan PM Ahmad Zaidi akan memantau jawatankuasa pengurusan bencana bagi bersedia menghadapi banjir, manakala Timbalan PM Fadhillah akan memantau isu tergendala berhubung MA63 disegerakan.

Sementara berhubung beberapa dasar baik yang telah dilaksanakan pentadbiran terdahulu, PM Anwar memberi penegasan akan meneruskan dasar baik sedemikian.