Artikel

Carousell : Pengurusan Ambil Langkah Potong Gaji Sukarela, Setelah Umum Buang 10% Pekerja

Setelah memaklumkan bakal mengurangkan hampir 10% pekerja minggu lalu, Carousell – laman e-dagang barangan terpakai kini turut bertindak akan berpindak ke pejabat yang lebih rendah kadar sewanya serta pengurusan tertinggi akan alami pemotongan gaji secara sukarela.

Mengikut perkongsian Carousell, pihaknya kesal akan situasi yang berlaku. Ini kerana kerancakkan operasi meningkatkan perbelanjaan serta sesi rekrut yang lebih besar – telah memberi kesan apabila pulangan keuntungan yang diterima kumpulan sedikit perlahan. Maka untuk menyeimbangkan kumpulan, langkah pengurangan tenaga kerja wajar dilaksanakan.

Selain Carousell, terdapat pelbagai syarikat dunia turut bertindak mengurangkan tenaga kerja seperti Meta, Twitter, Shopee, Intel dan Carsome.