Artikel

Bajet 2023 Akan Dibentang Sekitar Januari, Februari Kelak

Ekoran pembubaran Parlimen dilaksanakan pada 10 Oktober lalu oleh pentadbiran lepas, maka dijangka Kerajaan Perpaduan akan bentangkan semakan bajet penuh selepas sidang Parlimen dilaksanakan – iaitu dalam tempoh 1 atau 2 bulan mendatang, sekitar Januari 2023.

Bagaimanapun Kerajaan Perpaduan akan mengambil langkah membentangkan rang undang-undang belanjawan mini pada 19 Disember terlebih dahulu – untuk meluluskan emolumen berkaitan perbelanjaan mengurus kerajaan, melibatkan gaji penjawat awam.

Selain agenda tersebut mengikut laporan, sidang Parlimen yang akan berlangsung pada 19 Disember dan 20 Disember ini turut akan memperlihatkan aturan angkat sumpah Ahli Parlimen, pemilihan timbalan Speaker Dewan Rakyat dan tindakan undi percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Untuk makluman, pembentangan Bajet 2023 menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada hari ini – perlu dilaksanakanĀ bagi memastikan belanjawan mengurus kerajaan pada tahun 2023 dapat mencapai kesepakatan.