Artikel

Semua Perolehan Perlu Dipapar Pada Portal Kerajaan – Perbendaharaan

Bermula 29 November, di bawah pekeliling – Perbendaharaan Malaysia telah mula mewajibkan segala pemaparan maklumat proses perolehan untuk agensi kerajaan pada portal atas talian dikuat kuasakan serta-merta. Akses ini merangkumi proses perolehan daripada tender sehingga pelaksanaan dipaparkan di portal MyProcurement.

Melalui penguatkuasaan itu, Perbendaharaan menekankan agensi kerajaan bertanggungjawab dalam memastikan maklumat yang di paparkan di portal tersebut sahih.

Jelas pekeliling tersebut, penggunaan portal ini berperanan selaku pendekatan meningkatan ketelusan sistem perolehan Kerajaan seiring dengan prinsip Kementerian Kewangan yang mengutamakan pentadbiran berlandaskan kecekapan, akauntabiliiti dan telus.

Buat pengetahuan umum, antara maklumat yang dipaparkan adalah Perancangan Perolehan Tahunan yang akan dilaksanakan oleh Agensi, pelawaan iklan, pembatalan iklan dan keputusan tawaran bagi semua kategori perolehan.