Selangor mencapai kesepakatan untuk tidak benarkan kilang atau premis baharu bagi memproses sisa plastik kitar semula beroperasi di negeri tersebut. Langkah itu telah dikuat kuasakan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) sejak April lalu.
Mengikut penjelasan pada penggulungan Belanjawan Selangor 2023 tempoh hari, selain tindakan itu – Selangor turut melarang import sisa plastik kitar semula bagi tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan akhir bagi semua kilang yang melaksanakan proses kitar semula plastik.
Ini kerana penggunaan beg plastik tanpa kawalan ini memberi ancaman kepada persekitaran dan kesihatan. Malah ketiadaan perancangan yang teliti berhubung pengurusan penggunaan bahan tersebut turut menjadi faktor larangan dicapai.
Untuk makluman, isu pencemaran kerap berlaku mengakibatkan terdapatnya aduan lambakan sisa plastik susulan pengurusan sisa yang tidak terkawal dan membawa kepada pencemaran yang lebih besar.
Setakat ini kerajaan negeri Selangor akan terus optimis tampil dengan pelbagai inisiatif untuk tingkatkan kesedaran masyarakat, perniagaan berhubung kesan penggunaan plastik pada negara.