Artikel

Top Glove, Hartalega Akan Dikeluar Dari Kedudukan Utama FBM KLCI

Ternyata kedua pengeluar sarung tangan terbesar Malaysia, iaitu Top Glove dan Hartalega Holdings diumumkan akan terkeluar dari senarai kedudukan utama FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI pada 19 Disember ini, digantikan dengan penyenaraian AMMB Holdings Bhd dan QL Resources Bhd.

Kehilangan dua syarikat ini susulan permodalan pasaran mereka telah menyusut di bawah kedudukan 30 teratas. Mengikut pengamatan, tahun ini sahaja harga saham keduanya telah jatuh hampir 70%.

Untuk makluman, pengumuman perubahan kedudukan dalam indeks utama ini telah dicapai setelah semakan semula separuh tahun Siri Indeks FBM bagi Disember 2022 dilaksanakan dan semakan seterusnya akan dilakukan pada Jun kelak.