Artikel

PERODUA Catat Jualan Tertinggi Sejak 1993, Myvi Antara Terlaris

Data Januari sehingga November tahun ini, PERODUA – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, kini berjaya mencatatkan jualan unit kenderaan tertinggi sejak penubuhannya pada 1993 dengan jumlah jualan 250,795 unit.

Angka itu sekaligus melepasi sasaran tahunan yang disasarkan iaitu 247,800 unit yang diumumkan pada awal tahun ini.

Prestasi positif ini diraih susulan produktiviti pengeluaran unit kenderaan Perodua dilihat amat membrangsangkan dengan menhasilkan sekitar 258,960 unit. Berdasarkan prestasi itu, antara 3 model teratas jenama yang terus menjadi pilihan pengguna pada bulan ini adalah Bezza dengan 8,089 unit, diikuti Myvi (6,624 unit) dan Axia (5,812 unit).

Perodua menjangkakan permintaan unit akan terus melonjak dari bulan-ke-bulan, susulan tempoh masa pengecualian cukai jualan akan berakhir pada 31 Mac 2023 kelak.