Setelah meneliti pelan Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak kepada Pulau Pinang, kerajaan negeri Perak semalam telah meletakkan pendirian untuk tidak membekalkan air buat Pulau Pinang. Ini kerana kapasiti air di sungai tersebut adalah mencukupi untuk kegunaan dalaman negeri.
Tambahan Perak memiliki hala tuju untuk membangunkan perindustrian, yang dijangka memerlukan sumber bekalan air tinggi.
Akan tetapi, Pulau Pinang mengikut laporan FMT dilihat kekal optimis untuk meneruskan rundingan tersebut. Susulan keputusan yang diambil Perak adalah berlandaskan kepada laporan Sungai Perak yang dibuat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada ketika itu belum dimuktamadkan.
Maka terdapat potensi untuk meneliti kembali rundingan tersebut berikutan KASA memperlihatkan terdapat sumber air yang mencukupi buat Pulau Pinang ketika ini. Buat pengetahuan umum, permintaan Pulau Pinang untuk meningkatkan sumber air negeri adalah tindak-balas mereka berhubung bekalan air negeri telah terjejas disebabkan kesan banjir yang berlaku di Baling, Kedah sebelum ini.
Menerusi permohonan meningkatkan pembekalan air, usaha ini akan membantu kesejahteraan sumber air untuk penduduk negeri.