Artikel

Ringgit Kukuh, RM4.39 Berbanding Dolar AS

Pada jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit dibuka dengan kukuh kepada 4.3900/3995 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4100 penutupan semalam.

Peningkatan ini jelas menjadikan nilai ringgit terus kukuh selama tiga hari berturutan. Sementara dolar AS pula dilihat sedikit menyusut susulan kebimbangan berhubung penurunan petunjuk aliran pembelian dan tekanan inflasi pasaran mereka.

Ini diperlihat melalui ukuran di dalamĀ Indeks Harga Teras Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS dilihat lebih rendah berbanding jangkaan.

Mengikut laporan Bernama, situasi ini secara langsung menunjukan terdapat kecenderungan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk ke arah kadar faedah yang lebih rendah dan sentimen itu akan mempercepatkan lagi pergerakan menurun dolar AS berbanding ringgit.