Artikel

Grab PayLater Kini Boleh Digunakan Di Kedai Fizikal

Grab PayLater, medium Bayar Nanti Pakai Lekas yang telah diperkenalkan sejak 2019 – kini membenarkan pengguna untuk laksana pembayaran secara terus di kedai fizikal.

Langkah ini secara langsung akan membenarkan para pengguna untuk laksana kaedah pembayaran yang lebih fleksibel iaitu secara ansuran.

Tidak hanya itu, dalam usaha meningkatkan lagi penyertaan pengguna dalam era digitalisasi. Grab PayLater turut diperluaskan kepada pengguna tidak-aktif, di mana kerjasama ini akan melibatkan penyertaan CTOS bagi tindakan semakan kredit berhubung kelayakan pengguna tidak-aktif.

Buat pengetahuan umum, kedua-dua kemas-kini telah dikuatkuasakan pada 30 November lalu. Ini bermakna pengguna Grab PayLater yang telah mengaktifkan PayLater, boleh menggunakan ia di kedai fizikal terpilih. Sementara untuk pengguna tidak-aktif yang ingin memiliki Grab PayLater pula perlu jalani semakan kredit bersama CTOS bagi tujuan kelayakan.