Selaras dengan agenda negara untuk memerangi isu kemiskinan haid dalam kalangan penduduk, Selangor jadi negeri pertama yang memperkenalkan program pemberian tuala wanita percuma bersama jumlah peruntukan RM200,000.
Menerusi usaha tersebut ini, akan membantu Selangor memecahkan stigma dan perspektif terhadap masyarakat disebabkan malu untuk berbicara soal kemiskinan haid.
Kemiskinan haid merujuk kepada halangan kewangan dan tidak mampu memiliki bekalan tuala wanita, atau berdepan kekangan bekalan air serta tempat pelupusan yang sesuai
Antara fokus pengagihan tuala wanita ini akan tertumpu kepada wanita miskin tegar, di luar bandar dan miskin bandar. Lebih menarik, pengagihan turut akan disediakan di sekolah untuk meringkan bebanan pelajar yang tidak memiliki bekalan tuala wanita.
Buat pengetahuan umum, antara punca ketirisan pendidikan adalah disebabkan kemiskinan haid – selain ketiadaan wang yang mencukupi, ketiadaan bekalan yang sesuai turut menyekat pergerakan segelintir pelajar, menyebabkan tidak selesa dan bertindak untuk tidak hadir ke sekolah.