Artikel

Pelantikan Wanita Dalam Lembaga Pengarah Kini Meningkat 34% – SC

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dapati penyertaan dan pelantikan wanita dalam lembaga pengarah bagi syarikat tersenarai awam (PLC) semakin meningkat kepada 34%.

Pemerhatian di bawah laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat (CG Monitor) 2022 yang dikongsikan pada hari ini jelas memperlihatkan pertambahan kumpulan wanita dalam pengurusan tertinggi korporat. Malah 80% daripada lantikan pengarah wanita adalah merupakan jawatan pengarah bebas di dalam firma.

Melihat pada peningkatan lantikan ini, ia sekaligus menunjukkan gesaan pentadbiran negara berhubung penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi semakin menggalakkan dalam kalangan syarikat senaraian awam.