Artikel

Jualan Kereta Elektrik Di Malaysia Dijangka Naik 45.6% Pada 2023

Pasaran automotif negara membabitkan permintaan kenderaan elektrik (EV) dilihat akan semakin meningkat pada tahun 2023 kepada 45.6%. Peningkatan ini merangkumi pembelian 4,449 unit EV bagi tahunan.

Jangkaan itu menurut Fitch Solutions, akan membawa kepada permintaan yang lebih tinggi pada kenderaan elektrik bateri (BEV) berbanding kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV).

Malah sokongan pentadbiran mengecualikan cukai jalan bagi pembelian unit EV bersama subsidi RM2,500 untuk infrastruktur pengecasan EV dilihat suatu usaha yang menggalakkan untuk pasaran automotif negara. Kelebihan ini secara langsung meningkatkan lagi kuasa beli pengguna pada permintaan kenderaan.

Untuk makluman selain pengecualian cukai jalan, pentadbiran turut menyediakan penggantungan duti sehingga 31 Disember 2025 buat pengguna ke atas unit EV yang terpilih. Inisiatif itu bakal menggandakan lagi permintaan EV negara.