Artikel

Tahap Sejahtera Rakyat Malaysia Naik 1.3% – DOSM

Setelah menelusuri kesan pandemik COVID-19 sejak awal 2020, kini didapati tahap kesejahteraan rakyat negara semakin meningkat 1.3% kepada 119.2 mata pada tahun 2021 berbanding 117.7 mata pada tahun sebelumnya.

Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia adalah untuk mengukur tahap kesejahteraan rakyat negara dalam perspektif ekonomi dan sosial.

Peningkatan ini didapati di bawah tinjauan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) yang dikongsikan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada hari ini. Berdasarkan perincian, kenaikan tahap ketenteraman ini telah disumbangkan oleh segmen kesejahteraan ekonomi dengan peningkatan pendapatan dan pengagihan (2.4%), komunikasi (1.3%), pendidikan (1.2%), persekitaran kerja (1.1%) dan pengangkutan pula turun 1.1%.

Manakala segmen kedua yang menyumbang kepada prestasi positif kesejahteraan rakyat negara adalah sosial dengan tadbir urus (6.8%), kebudayaan (6.4%), keselamatan awam (3.4%), alam sekitar (2.7%), keluarga (1.2%) dan perumahan (1.0%).

Akan tetapi komponen hiburan dan rekreasi telah menurun 4.8%, diikuti kesihatan (-1.8%) dan penyertaan sosial (-1.4%) berikutan kegusaran orang awam terhadap persekitaran padat.

Secara keseluruhannya tahap kesejahteraan rakyat negara telah meningkat 19.2 mata indeks bagi sepanjang 21 tahun ini, bermula tahun 2000 sehingga 2021.