Artikel

Al Rajhi Malaysia Lancar Bank Digital, Rize

Memahami keperluan peralihan kewangan ke arah digitalisasi, Al Rajhi Bank Malaysia kini mengambil langkah keterdepan dengan melancarkan bank digital mereka, Rize pada pasaran.

Pada sidang pelancaran hari ini (1 Disember) Al Rajhi menjelaskan pembangunan Rize adalah berteraskan kepada keperluan yang lebih mudah buat pengguna Malaysia dalam perbankan khususnya perolehan pembiayaan digital. 

Kemudahan ini secara langsung memberi kelebihan kepada pengguna memiliki dana peribadi, pendidikan dan kediaman secara pantas bersama sokongan dokumen yang minimum. 

Lebih menarik terdapat juga pengenalan ciri simpanan bersama untuk pengguna melalui Saving Pot. Ini bermakna para pengguna Rize tidak sekadar boleh menyimpan secara individu tetapi turut boleh dilaksana bersama kenalan rapat.

Malah melalui Rize, pengguna turut boleh menjejak nilai perbelanjaan mereka secara terus dalam harian dan bulanan pada aplikasi.