Artikel

Raja Teh Maimunah Kini Dilantik Selaku CEO Bank Digital Konsortium AEON

Selari dengan gagasan konsortium AEON untuk melancarkan ujian rintis bank digital mereka menjelang tahun 2023 kelak, kini berkuat kuasa 1 Disember pihaknya melantik Raja Teh Maimumah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank digital.

Perkongsian bank digital melibatkan AEON Financial Service, AEON Credit Service dan MoneyLion Inc ini secara menyeluruhnya disasarkan akan hadir ke pasaran umum pada tahun 2024. Dan untuk persediaan itu, AEON menjangkakan platform tersebut akan mula meraih keuntungan setelah beroperasi sekitar 4.5 tahun.

Untuk makluman penglibatan Raja Teh Maimunah pada arena bank digital dilihat akan merancakkan lagi pemerkasaannya berdasarkan pengalaman yang dimiliki. Raja Teh memiliki latarbelakang dalam skop perbankan dan pernah berkhidmat bersama Bursa Malaysia, Pusat Kewangan Kuwait serta CIMB.

Lebih menarik, Raja Teh turut pernah berkhidmat bersama Danaharta Nasional bahagian pengurusan aset serta hutang ketika krisis Kewangan Asia 1998.