CIMB Group terus memaparkan prestasi mengukuh pada status kewangan sukuan dengan keuntungan bersih RM1.41 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September lalu.
Perolehan ini sekaligus menjadikan prestasi CIMB sepanjang 9 bulan pertama 2022 membawa kepada nilai untung bersih teras kepada RM4.12 bilion. Peningkatan kukuh ini mengikut laporan kewangan dicetuskan oleh aliran pertumbuhan yang baik pada pendapatan operasi meningkat 13.7%
Hasil perolehan juga dilihat telah meningkat kepada RM5 bilion berbanding sebelum ini RM4.4 bilion, selain itu jumlah pinjaman kasar juga telah meningkat 9% kepada RM406.0 bilion dari tahun ke tahun dalam tempoh 9 bulan ini. Ia didorong permintaan yang kuukuh dalam pasaran dan segmen utama ekonomi.
Walaupun memaparkan prestasi yang kukuh, CIMB kekal akui melaksanakan pendekatan berhati-hati susulan terdapat jangkan aliran pinjaman akan terjejas disebabkan kadar faedah yang terus meningkat. Langkah ini wajar diambil untuk seiring dengan hala tuju ekonomi semasa.
Selain persediaan itu, CIMB turut akan melabur RM900 juta bagi meningkatkan medium perbankan bersama sokongan teknologi digital dari semasa ke semasa di pasaran negara.