Hasil tekanan kos operasi kini telah membawa kepada keputusan H&M untuk memberhentikan seramai 1,500 pekerja mereka bagi langkah penjimatan.
Firma pakaian milik Sweden itu memaklumkan hasil tindakan itu akan membawa kepada penjimatan kos sekitar RM840 juta setahun. Mengikut laporan Anadolu Agency, untuk suku keempat sahaja H&M perlu menanggung kos operasi sekitar RM336 juta susulan memperkasakan kecekapan penstrukturan jenama mereka.
Menerusi pemecatan itu, H&M memberi jaminan akan menyediakan penyelesaian terbaik buat bekas pekerja yang terkesan hasil keputusan penjimatan itu.