Bermula tahun hadapan, pada Mac 2023 – Selangor bakal melancarkan aplikasi HalalSel, iaitu sebuah aplikasi khas yang menyediakan maklumat kepada orang awam berhubung perkhidmatan dan produk halal dalam pasaran negara. Lebih menarik, pembangunan aplikasi ini akan diterajui oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Menurut makluman, aplikasi HalalSel ini akan memuatkan maklumat lebih 5,000 pemegang sijil halal dan lokasi perniagaan mereka untuk fahaman pengguna. Pelaksanaan ini secara langsung membantu mempromosikan dan memperkenalkan produk halal berkaitan kepada para pengguna.
Selain memiliki ciri menyediakan maklumat produk halal, aplikasi HalalSel turut akan menerima sokongan dompet digital seperti Wavpay dan Citizen E-Payment (CEPat). Tidak hanya itu, terdapat juga perancangan untuk menjadikan aplikasi tersebut sebagai medium e-dagang bagiĀ memudahkan orang awam laksana pembelian produk halal secara terus.
Adanya sasaran sedemikian ini sekaligus bakal menjadikan aplikasi HalalSel sebagai aplikasii berpusat Selangor dalam memacu teras ekonomi halal negeri dan membuka peluang ekonomi yang lebih luas untuk pasaran.
