Artikel

Lebuhraya DASH Kutip Bayaran Tol Mulai Tengah Malam Ini, 1 Disember

Bermula tengah malam ini, jam 12.01 pada tarikh 1 Disember 2022 – Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) akan memulakan kutipan bayaran tol kepada umum, setelah pembukaannya pada 14 Oktober lalu diberi tol percuma sebulan sehingga 30 November untuk rakyat Malaysia.

Lebuhraya bernilai RM4.2 bilion ini memaklumkan akan laksana kutipan tol secara nirtunai (tanpa tunai) sepenuhnya melalui akses kad Touch ‘n G, SmartTAG dan RFID.

Mengikut pengenaan bayaran, lebuhraya DASH meletakan kadar tol RM2.30 untuk kereta persendirian, lori RM4.60, treler RM6.90, teksi RM1.20 dan bas pula RM2.30.

Maka menerusi tindakan kutipan tol itu, semua pemandu kenderaan disarankan untuk memastikan baki kad TNG anda mencukupi sebelum memasuki laluan tol DASH bagi mengelakkan berlaku kesesakan.