Artikel

387 Kompaun Dikenakan – Pengiklan Gergasi Tanpa Lesen Di Sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan

Majls Bandaraya Seremban (MBS) setakat Oktober lalu telah mengenakan sejumlah 387 kompaun ke atas pemilik papan iklan gergasi bagi laluan Lebuh Raya Utara-Selatan yang berada dibawah kawasan PBT.

Untuk makluman jumlah kompaun ini meliputi data daripada 2020 sehingga Oktober 2022.

Langkah denda ini dilihat selari dengan penguatkuasaan billboard di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 35, susulan ketiadaan lesen dan permit yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Makluman itu dikongsikan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini – di mana usaha itu adalah sebahagian daripada inisiatif negeri untuk membanters tindakan pengiklanan secara haram.

Malah kesan peletakan iklan secara haram itu berpotensi memiliki infrastruktur yang tidak menepati piawaian dan cenderung mengakibatkan insiden berlaku di kawasan papan iklan gergasi tersebut.