Artikel

KL Destinasi Ke-22, Pilihan Ekspatriat Untuk Bekerja – Susulan Kos Sara Hidup Rendah

Walaupun ibu kota Malaysia – Kuala Lumpur (KL) duduki tangga ke-22 dengan menjadi pilihan destinasi ekspatriat untuk berkhidmat, namun masih terdapat kelemahan yang didapati pada bandar konkrit ini.

Mengikut tinjauan InterNations pada laporan Kedudukan Bandar Ekspatriat 2022, KL mencatatkan prestasi terburuk dalam indeks kualiti hidup iaitu pada kedudukan ke-48 daripada 50 buah negara keseluruhan. Sementara bagi kategori alam sekitar & iklim ia di kedudukan ke-44, manakala keselamatan pula di kedudukan ke-48.

Tidak hanya itu sistem pengangkutan di ibu kota negara juga dilihat tidak mencukupi dan kesesakan lalu lintas di bandar telah menghalang kehidupan bersosial. Ini termasuklah kemudahan bagi pemandu kereta juga dilihat tidak memadai, menyukarkan lagi kemudahan pergerakan awam.

Selain itu, terdapat juga kelemahan pada aspek skop pekerjaan ekspatriat di Malaysia yang dilihat masih rendah, di mana melibatkan pertumbuhan kerjaya (433% tidak berpuas hati), penawaran gaji rendah (kedudukan ke-42) dan kepuasan budaya kerja yang kurang (kedudukan ke-45).

Meskipun kedudukan ini memperlihatkan kelemahan KL namun ekspatriat kekal akui penyediaan kediaman untuk kumpulan ini lebih selesa, di mana 79% akui mudah untuk mencari rumah, 64% turut bersetuju kemudahan membeli rumah lebih tinggi dan 69% ekspatriat juga gembira akan kos sara hidup di KL – yang ditinjau lebih rendah berbanding negara lain. Manakala budaya pergaulan dan bersosial negara juga dilihat antara yang mesra apabila berada kedudukan ke-10 teratas.