Artikel

Isu Telur Ayam, Rakyat Dinasihatkan Elak Pembelian Panik – KPDNHEP

Masyarakat negara kini dinasihatkan untuk tidak berbuat sebarang pembelian panik berhubung perolehan stok telur ayam di pasaran. Tindakan itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan KL ia sekadar menjejaskan lagi bekalan mentah di negara dan tempoh tarikh luput bekalan tersebut akan dibazirkan.

Setakat ini pihaknya mendapati terdapat isu ketirisan bekalan telur, namun situasi tersebut tidak mencerminkan ketiadaan bekalan untuk permintaan pasaran. Ini kerana didapati segelintir peniaga di pasaraya bertindak mengehadkan pembelian telur papan walaupun arahan tersebut tidak dikeluarkan KPDNHEP.

Malah aduan berhubung kekurangan stok juga masih tidak diterima setakat ini. Akan tetapi selain faktor pembelian panik, ketiadaan pengeluar telur di ibu negara ini juga turut berpotensi menjadi punca mengapa ketirisan bekalan telur ayam berlaku.

Berbalik kepada peringatan hentikan pembelian panik, masyarakat negaa disarankan laksana pembelian mengikut keperluan harian tanpa mengugat permintaan pihak lain. Buat para peniaga berkaitan pula dinasihatkan untuk patuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, cubaan menaikkan harga telur kelak akan membawa kepada pengenaan denda.