Artikel

Ajinomoto Untung RM2.94 Juta, Merosot Lebih 67% Susulan Kos Peralihan Operasi

Ajinomoto, pengeluar berperasa ini alami penyusutan ketara 67.2% pada segmen untung bersihnya yang mencatatkan rekod RM2.94 juta pada suku kedua berakhir 30 September lalu.

Penyusutan untung ini susulan jenama berdepan tekanan kos pentadbiran yang lebih tinggi, diikuti kos tenaga kerja dan kos peralihan operasi berkaitan pemindahan kilang pada suku semasa.

Untuk makluman umum setelah 5 dekad beroperasi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur sejak tahun 1965 – Ajinomoto kelak akan beralih ke kompleks kilang baharu yang bertempat di Seremban, Negeri Sembilan. Peralihan tersebut membawa kepada pelaburan berjumlah RM355 juta merangkumi pembangunan pejabat korporat Ajinomoto di Techpark-Enstek Seremban.

Menerusi peralihan ini dijangka ia akan meluaskan lagi kapasiti pengeluaran jenama, di samping menyediakan lebih banyak sokongan teknologi bersama peluang pekerjaan buat sektor ekonomi negara.