Sarawak menjelang tahun 2024 akan mula mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah di bawah projek penjanaan Northern Grid Extension. Pembekalan elektrik ini dimaklumkan akan melibatkan penghantaran sejumlah 30MW ke Sabah Electricity.
Setakat ini kedua pihak masih di peringkat rundingan komersial, dan pembekalan tersebut dimaklumkan merangkumi 2% daripada kapasiti bekalan elektrik di Sarawak berjumlah 5,996MW.
Untuk makluman penggunaan elektrik di Sarawak ketika ini berjumlah 4,398MW, ini bermakna terdapat baki sekitar 1,478MW yang mencukupi untuk kegunaan lain. Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama Sarawak mengeksport tenaga elektriknya ke kawasan lain – antara yang turut menerima pembekalan elektrik Sarawak adalah Kalimantan, Indonesia sebanyak 89.6MW sejak September 2016 lagi.