Artikel

68.9% Firma Jangka Kekalkan Jumlah Pekerja – Yakin Prestasi Perniagaan Rancak

Statistik Kecenderungan Perniagaan data di bawah – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini memperlihatkan petunjuk keyakinan perniagaan bagi prestasi syarikat telah meningkat kepada 3.2% bagi suku keempat 2022.

Meskipun angka ini lebih rendah berbanding suku ketiga 2022 dengan 4.7% namun ia masih positif untuk aliran pasaran Malaysia.

Mengikut tinjauan statistik ini mengukur jangkaan prestasi perniagaan dalam tempoh 3-6 bulan mendatang berhubung kesan pasaran semasa. Melihat pada pemerhatian, perniagaan negara menjangkakan prestasi syarikat akan kekal menyederhana pada tempoh tersebut.

Berdasarkan dapatan, petunjuk keyakinan bagi sektor Perkhidmatan (+9.2%) serta Borong dan Runcit (+1.9%) telah memaparkan prospek positif pada prestasi syarikat. Manakala sektor Pembinaan pula dilihat alami kemerosotan keyakinan kepada -29.2% berbanding -24.9% pada suku ketiga lalu.

Pada perincian tinjauan itu, turut didapati 21.8% perniagaan bertindak akan mengambil lebih ramai pekerja, diikuti 68.9% pula akan kekalkan jumlah pekerja sedia ada dan 9.3% pula bercadang mengurangkan jumlah pekerja mereka untuk membawa kepada imbangan bersih positif.

Seterusnya berhubung kutipan hasil sekitar 32.5% perniagaan meramalkan hasil perolehan mereka pada suku keempat meningkat sementara 29.5% pula meramalkan sebaliknya ekoran terkesan tekanan harga.

Petunjuk Keyakinan, satu petunjuk jangka pendek yang merumuskan pandangan keseluruhan mengenai keadaan perniagaan dalam pelabgai sektor di Malaysia. Petunjuk ini dihitung sebagai purata jumlah imbangan bersih bagi pembolehubah terpilih.