Artikel

CEO TNG Bakal Dilantik Selaku CEO Pengguna, Perbankan Digital CIMB – Mulai 1 Januari 2023 Ini

Ke arah memantapkan segmen pengguna, CIMB Group kelak akan melantik Effendy Shahul Hamid selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengguna dan Perbankan Digital Kumpulan, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 ini.

Pemilihan Effendy sekaligus akan menyaksikan penggantian kedudukan Samir Gupta yang bakal bersara setelah berkhidmat 12 tahun bersama CIMB.

Melalui penyertaan Effendy bersama kumpulan, ia secara langsung akan melonjakan matlamat CIMB untuk memperkasakan segmen perbankan digital mereka di rantau tempatan dan ASEAN.

Buat masa ini Effendy masih lagi berkhidmat selaku CEO Aset Digital CIMB dan CEO Kumpulan TNG anak syarikat CIMB sejak Oktober 2020.