Artikel

Aplikasi Raiz Kini Urus Jumlah Pelaburan Mencecah RM40 Juta

Berlandaskan konsep membenarkan orang awam untuk melabur serendah 5 sen daripada wang tunai perbelanjaan harian mereka, aplikasi Raiz kini berjaya memiliki 600,000 penyertaan pengguna pada platform pelaburan bersama jumlah pelaburan RM40 juta.

Lebih menarik daripada jumlah tersebut seramai 110,000 pengguna ditakrifkan sebagai pengguna aktif platform.

Untukk makluman akses memberi peluang kepada orang ramai melabur serendah 5 sen itu akan disalurkan pada pelaburan dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ekoran kemudahan ini dibangunkan bersama PNBĀ  dibawah anak syarikatnya Jewel Digital Ventures yang telah melancarkan aplikasi Raiz pada Julai 2020 lalu.

Menerusi momentum positif ini, Raiz melihat ia sekadar memberi kelebihan kepada semua pihak untuk melabur tetapi turut menerapkan pendidikan bahawa semua pengguna boleh melabur tanpa menjejaskan tabiat perbelanjaan harian mereka.

Berdasarkan laporan, dalam tempoh 2 tahun diperkenalkan ternyata 88% daripada pengguna pelaburnya terdiri daripada kumpulan yang berusia 18 tahun hingga 43 tahun. Ini petanda baik untuk literasi kewangan negara akan perluasan pemahaman belia terhadap kemudahan ekonomi semasa.

Seterusnya para pengguna juga tidak sekadar dapat menikmati kemudahan berlabur serendah 5 sen namun turut dapat meraih manfaat ganjaran tunai melalui Raiz Rewards sekiranya berbelanja di Shopee dan Lazada. Langkah ini baik untuk pengguna menerima pulangan di samping menyokong arena e-dagang negara.