Artikel

AirAsia Kini Tawar Harga Tiket Serendah RM21, Sempena Ulang Tahun Ke-21

Bersempena ulang tahun ke-21 pada minggu ini, AirAsia kini menawarkan harga tambang tiket penerbangan serendah RM21 buat para pengguna aktifnya. Penawaran bermula semalam (28 November) itu dijangka akan berlangsung sehingga 4 Disember kelak – bagi tempahan tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 sehingga 30 Mac 2024.

Dengan penawaran serendah RM21 ini, para pengguna boleh menikmati perjalanan lebih nilai ke pelbagai destinasi kegemaran seperti Langkawi, Pulau Pinang, Krabi, Terengganu, Singapura, Phu Quoc dan destinasi jarak dekat yang lain. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau laman web rasmi AirAsia.

Sementara para pelancong yang berhasrat menempah perjalanan ke destinasi yang lebih jauh – boleh berbuat demikian melalui AirAsia X seperti ke Perth, Taipei, Tokyo, Seoul, Melbourne, dan Auckland.

Destinasi jarak jauh ini tersedia untuk tempoh perjalanan mulai semalam sehingga 30 April 2023 daripada harga serendah RM399 untuk tempat duduk ekonomi, atau RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Malah, para pengguna turut berpeluang nikmati promosi terhad dan hidangan dalam penerbangan PERCUMA* dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.