Artikel

Mulai 6 Disember – Pengguna MAE Perlu Guna Secure2u Untuk Sahkan Transaksi JomPay, FPX

Bermula 6 Disember 2022 kelak, Maybank memaklumkan akan menerapkan kaedah pengesahan baharu untuk transaksi melalui JomPAY dan FPX pada aplikasi MAE.

Ini bermakna tidak sekadar JomPay, namun pembayaran melalui FPX turut akan menerima pengesahan Secure2u. Sementara perolehan SMS TAC pula hanya akan diterima bagi transaksi FPX, manakala JomPay pula tidak lagi menerimanya. 

Langkah sedemikian sekaligus memerlukan para pengguna untuk mengaktifkan aplikasi MAE bagi tujuan meningkatkan lagi keselamatan transaksi bersama Maybank.

Maka para pengguna dinasihati beralih ke aplikasi MAE untuk meluluskan JomPAY dan pembayaran FPX melalui Secure2u.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan dalam kalangan pengguna negara.

Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pautan rasmi Maybank untuk penjelasan seterusnya.