Tealive, jenama minuman negara kini terus meluaskan jejaknya memasuki pasaran antarabangsa dengan pembukaan cawangan terbarunya di Ottawa, Kanada.
Perkembangan jenama ke pasaran Amerika Utara itu secara langsung meletakkan sasaran untuk pembukaan 50 cawangan lagi pada lokaliti Kanada dalam tempoh 5 tahun bersama sokongan rakan kongsi pastri mereka di sana.
Maka kemasukan ke Kanada ini akan memberikan peluang kepada Tealive untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran Amerika Utara secara dekat. Dan pada masa akan datang, pihaknya bercadang untuk meneroka pasaran Amerika Syarikat (AS) dari semasa ke semasa.
Untuk makluman setakat ini Tealive telah tersedia di 10 buah negara seluruh dunia dan menyasarkan perluasan yang besar cawangan di masa akan datang.