Artikel

PM Anwar Beri Tempoh 2 Minggu Untuk Teliti Manfaat Subsidi Utamakan B40

Memahami tekanan kos yang semakin melonjak pada pasaran negara ketika ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 pagi ini (27 November).

Perbincangan bersama agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat pada jam 11 pagi tadi secara langsung membawa kepada fokus kerajaan untuk melihat pendekatan terbaik tangani kos semasa.

Ini antara fokus yang diggariskan PM Anwar pada peringkat awal perbincangan : 

  • Subsidi bersasar akan di teliti hanya untuk penduduk Malaysia berpendapatan rendah 
  • Mendapati manfaat tarif elektrik turut beri kelebihan sama kepada penduduk pendapatan gaji tinggi sekitar 2.5 bilion 
  • Memaklum FAMA untuk meninjau kembali harga di tahap pusat pengeluaran tidak terlalu rendah sehingga memberi kesan pada jualan pasaran 
  • Menggesa penambahan stok bekalan mentah, sepertimana stok telur ayam yang kembali meningkat di pasaran ketika ini
  • Bakal memberi manfaat dan insentif lain kepada syarikat berikutan persetujuan mereka ke atas pelaksanaan konsep subsidi bersasar kelak 

Menerusi tumpuan tersebut, PM Anwar memberi tempoh 2 minggu untuk semua pihak berkaitan bahagian penguatkuasa dan industri menelusuri seluruh implikasi yang bakal berlaku bersama sektor swasta dan pelabur yang berminat akan hala tuju di bawah pelan tindakan kos sara hidup Malaysia ini. 

Buat pengetahuan umum, antara yang turut serta pada perbincangan hari ini adalah Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Kementerian yang berkaitan.