Dalam usaha menghargai prestasi cemerlang penjawat awam negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari kini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua petugas yang berkelayakan.
Ini merangkumi penjawat awam yang berkhidmat di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2022. Untuk makluman agihan bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, iaitu;
- BKK kali kedua sebanyak 1 bulan gaji akan diterima pada 29 Disember 2022
- BKK kali ketiga sebanyak 1/2 gaji akan dibayar pada bulan Februari 2023 kelak
Menerusi agihan ini ia akan memudahkan para penjawat untuk mengatur perbelanjaan tunai dan simpanan mereka dari semasa ke semasa.