Hari pertama menggalas tanggunjawabnya selaku Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Anwar Ibrahim hari ini menggariskan antara keutamaannya ketika ini adalah mengatasi tekanan kos sara hidup yang membebankan perbelanjaan harian rakyat negara.
Menurutnya aspek tersebut menjadi keutamaan kerajaan perpaduan untuk membantu rakyat sebagai langkah pertama menyeimbangkan tekanan kos.
Berdasarkan perancangan, PM Anwar akan laksana pertemuan khas bersama agensi dan jabatan berkaitan untuk membincangkan perihal kos sara hidup ini dan dijangka perbincangan itu akan dicapai selewatnya pada Isnin hadapan.
Meskipun aliran pelaburan dan status ringgit mulai memaparkan petanda positif namun keutamaan harus diberikan kepada isu perbelanjaan ketika ini, yang dilihat semakin mencengkam kesejahteraan rakyat Malaysia.