Memahami aliran ekonomi negara yang akan lebih perlahan berlaku pada tahun 2023, Selangor pada pembentangan belanjawan negeri 2023 kini memperuntukan sejumlah RM2.45 bilion untuk depani kesan tersebut.
Secara jelas angka peruntukan ini lebih tinggi berbanding dana 2022 dengan RM2.34 bilion. Melalui jumlah itu, Selangor menjelaskan akan mengagihkan sekitar RM1.25 bilion (51%) untuk bahagian perbelanjaan mengurus, diikuti RM1.2 bilion pada perbelanjaan pembangunan. Pengagihan tersebut difahamkan akant tertumpu kepada 5 teras ini, iaitu;
- Pengukuhan pertumbuhan ekonomi
- Pendidikan dan pembangunan generasi akan datang
- Kehidupan lebih lestari, sejahtera
- Pentadbiran lebih cekap, bertanggungjawab
- Membudayakan perpaduan, masyarakat penyayang
Adanya tumpuan ini, Selangor menjangkakan operasi ekonomi negeri dapat diseimbang dengan baik ekoran tekanan global, malah pihak negeri turut menjangkakan hasil 2023 akan membawa kepada kutipan berjumlah RM2 bilion kepada Selangor.