Bilangan perkahwinan di Malaysia ketika ini menunjukkan penunjukkan peningkatan 15.4% daripada 186,297 bagi tahun 2020 kepada 214,943 untuk tempoh 2021.
Peningkatan jumlah berkahwin sekaligus mencerminkan aliran ekonomi industri perkahwinan kini semakin memulih dan kembali kukuh setelah berdepan krisis selama 2 tahun sepanjang tempoh sekatan pandemik COVID-19. Untuk makluman terdapat lebih 62,000 pekerja pada industri ini yang terpaksa menanggung kerugian dalam sekatan tersebut.
Berbalik kepada statistik, tinjauan Perkahwinan dan Penceraian 2021 di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini memperincikan kadar perkahwinan individu beragama Islam dan bukan-beragama Islam di negara masing-masing telah naik 21.0% dan 4.7%.
Sementara kadar penceraian untuk individu beragama Islam pula alami penurunan 16.4% kepada 31,650 dan individu bukan-beragama Islam pula memaparkan peningkatan kadar penceraian dengan 30.4% kepada 12,284 pada tahun 2021.
Secara puratanya pada dapatan menyeluruh menunjukkan rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk berkahwin di usia 28 tahun bagi lelaki dan 26 tahun bagi wanita. Sementara rekod mengambil keputusan bercerai didapati sekitar usia 38 tahun bagi lelaki dan 35 tahun bagi wanita.
Selanjutnya data yang berkahwin di usia tua yang dicatakan di Malaysia pula sekitar lelaki berumur 92 tahun dan wanita pula 84 tahun.
Manakala musim perkahwinan juga didapati popular yang sering dipiliha penduduk negara adalah pada bulan Disember, dan bulan Jun pula menjadi data bulan terendah merekodkan bilangan perkahwinan bagi rakyat Malaysia pada tahun lalu.
Ini data Perkahwinan, Penceraian Orang Beragama Islam dan Bukan Beragama Islam;