Artikel

Inflasi Malaysia Kini Menurun Kepada 4.0%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan penurunan inflasi kepada 4.0% bagi data Oktober 2022.

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (25 November) – melihat penurunan tersebut telah didorong hasil inflasi Makanan meningkat pada kadar 7.1% peratus berbanding September 2022 (6.8%).

Selain daripada kumpulan Makanan, antara kumpulan yang mencatatkan peningkatan tinggi adalah Restoran & Hotel sebanyak 6.8% diikuti oleh Pengangkutan (5.2%); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.4%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.5%).

Malah paras inflasi negara turut didorong peningkatan sederhana komponen Makanan di rumah iaitu 9.3% berbanding 5.5% pada September 2022. Diikuti inflasi Makanan di Rumah dengan kenaikan 5.8%. Antara Makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan adalah Roti canai (15.7%), Nasi campur (12.6%), Masakan berasaskan sayur (12.0%), Masakan berasaskan daging (10.6%) dan Makanan berasaskan mi (10.4%).

Secara menyeluruh berbanding September 2022, inflasi negara dari bulan ke bulan telah meningkat sebanyak 01% sementara bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini pula inflasi Malaysia telah semakin melonjak 3.3% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.