Prestasi Genting Bhd kini kembali untung berikutan perolehan yang lebih tinggi disumbangkan perkhidmatan melibatkan pelancongan. Bagi suku ketiga yang berakhir 30 September lalu, Genting meraih untung bersih berjumlah RM128.02 juta berbanding kerugian bersih RM344.55 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2021.
Bersama kenaikan itu, aliran perolehan Genting juga turut melonjak 75% kepada RM6.12 bilion. Ini menyeimbangkan lagi hasil operasi untuk suku ketiga 2022.
Melihat pada prestasi itu, Genting memperincikan perkhidmatan di bawah Resorts World Sentosa masih lagi dalam fasa pemulihan, meskipun kemasukan pelancong telah meningkat namun tahap prestasi masih rendah berbanding sebelum pandemik COVID-19. Sementara Resorts World Genting pula memaparkan prestasi yang membrangsangkan walaupun alami penutupan sementara pada tempoh sekatan.