Artikel

Ringgit Naik, Sentimen Pelabur Kekal Positif – Papar RM4.45 Berbanding Dolar AS

Pada pagi ini, nilai Ringgit memaparkan lonjakan pada paras yang tinggi berbanding dolar AS dengan pengukuhan 0.9% kepada RM4.45. Persekitaran ini sekaligus mencermin sentimen pelabur kekal positif susulan pelantikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Pengukuhan Ringgit ini juga turut dicetuskan oleh langkah Rizab Persekutuan (Fed) yang mencadangkan bank pusat untuk memperlahankan kadar kenaikan faedah di pasaran global bagi tujuan tangani inflasi.

Buat pengetahuan umum, nilai mata wang tempatan ini telah mengukuh sejak semalam dengan lonjakan sekitar 1.8% menjadikan ia sebagai kadar tertinggi sejak 6 tahun lalu.