Artikel

AirAsia Ride Tawar Pesara Tentera Peluang Pekerjaan, Sertai Arena Seru-Pandu

AirAsia Ride, segmen seru-pandu di bawah Capital A kini mengatur langkah yang lebih luas dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada pesara tentera negara untuk sertai arena seru-pandu di Malaysia.

Melalui sokongan PERHEBAT – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, usaha ini akan menggalakkan penyertaan veteran tentera setelah mereka menamatkan perkhidmatan bersam ATM. Kolaborasi itu akan memperlihatkan pemberian latihan dan bimbingan kerjaya diberi, termasuklah proses permohonan lesen serta permit yang diperlukan.

Penyertaan veteran ATM selaku pemandu sepenuh masa akan membawa kepada perolehan gaji asas bulanan sekitar RM2,500 hingga RM3,500 dan berpeluang memiliki jumlah pendapatan sehingga RM8,000 bersama skim insentif tambahan.

Tidak hanya itu, perolehan insentif kebajikan lain seperti KWSP, PERKESO, perlindungan perubatan yang melindungi pasangan dan anak mereka, cuti tahunan, dan faedah perjalanan lain seperti kadar diskaun kakitangan yang banyak untuk penerbangan AirAsia turut berpeluang dimiliki.

Maka bagi memahami dengan lanjut, orang awam boleh merujuk pada pautan PERHEBAT AirAsia Ride ini untuk perincian seterusnya.