Memasuki fasa baru pembangunan infrastruktur negeri, Kelantan di bawah belanjawan negeri 2023 kini mengumumkan sedia peruntukan berjumlah RM1.62 bilion – dalam usaha memperkasakan ekonomi tempatan negeri.
Jumlah tersebut sekaligus memperlihatkan peningkatan ketara berbanding bajet tahun lalu iaitu RM1.51 bilion. Ini bermakna terdapat kenaikan RM112.53 juta (7.45%) daripada belanjawan sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sekitar RM1.15 bilion diperuntukan untuk perbelanjaan mengurus, diikuti RM474.61 juta pula disalurkan pada perbelanjaan pembangunan. Berdasarkan matlamat jumlah bajet ini akan mengfokuskan kepada pembangunan ekonomi, kebajikan, pelancongan, modal insan dan program kesedaran bersama rakyat negeri.