Artikel

Malaysia Airlines Akan Gantung Operasi Ke Brisbane, Atur Langkah Rasionalisasi

Mulai 27 Mac 2023 kelak, Malaysia Airlines bertindak akan menggantungkan operasi laluan terusnya bagi Kuala Lumpur-Brisbane. Aturan itu dimaklumkan adalah sebahagian langkah rasionalisasi syarikat penerbangan mereka.

Ekoran langkah itu, Malaysia Airlines memaklumkan pelancong yang melaksana perjalanan ke Brisbane boleh memanfaatkan kod penerbangan syarikat bersama rakan kongsi Oneworld Qantas bagi menyambung laluan dari Sydney dan Melbourne ke Brisbane setelah penguatkuasaan penggantungan dilaksanakan.

Akan tetapi operasi pada penerbangan tanpa henti antara Kuala Lumpur ke empat lagi destinasi Australia sedia ada iaitu Adelaide, Sydney, Perth dan Melbourne akan diteruskan tanpa perubahan.

Melalui usaha tersebut ia disasar mengoptimumkan operasi Malaysia Airlines, disamping meningkatkan hasil mereka untuk depani tekanan kos bahan api, kadar pertukaran asing dan kadar faedah di pasaran ketika ini. Tindakan juga selanjutnya akan membantu penerbangan memulihkan rangkaian mereka menjelang tahun 2024 kelak.