Artikel

Farm Fresh Raih Untung RM11.19 Juta – Susut Hampir 65%

Farm Fresh, pengeluar tenusu Asia bagi prestasi suku kedua (TK2023) yang berakhir pada 30 September lalu memaparkan penyusutan untung bersihnya kepada RM11.19 juta. Di mana menurun 64.5% berbanding untung pada tempoh yang sama pada tahun 2021 dengan RM31.53 juta.

Biarpun mengalami penyusutan untung bersih, segmen hasil pendapatan memaparkan peningkatan 32.5% kepada RM162.14 juta daripada data sebelumnya RM122.4 juta.

Lonjakan pendapatan ini diraih hasil dorongan jualan yang positif serta pengenalan produk baharu. Malah pemerhati CGS-CIMB Research pada momentum operasi Farm Fresh, pihaknya menjangkakan jenama akan menerima manfaat daripada kenaikan 5% harga susu RTD yang telah dilaksana sejak Ogos lalu, hasil tersebut akan diperlihat pada separuh kedua tahun 2023 kelak.