Artikel

Industri Plastik Malaysia Terus Kukuh, Raih Pelaburan RM503.5 Juta 

Walaupun berdepan tekanan COVID-19 dan perubahan ekonomi semasa, industri plastik Malaysia diperhatikan terus berdaya saing serta memaparkan pertumbuhan kukuh.

Mengikut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), setakat Jun 2022 sejumlah RM503.5 juta pelaburan terkumpul telah berjaya di raih sektor berkenaan – merangkumi penglibatan 33 projek yang telah menerima kelulusan kelangsungan.

Perkembangan ini menurut Bernama, dilihat pemain industri mula memberi tumpuan pada aspek inovasi untuk bertindak meningkatkan produktiviti operasi. Selain itu, fokus juga turut dipacu pada dinamik permintaan pasaran berkaitan plastik dan usaha pemain industri memastikan penghasilan produk selaras dengan konsep kitar semula iaitu ke arah pemulihan sumber.

Langkah ini penting untuk memastikan matlamat Malaysia mencapai sifar bersih karbon menjelang 2050 direalisasikan. Maka untuk memperkasakan usaha tersebut MIDA secara langsung akan berkerjasama rapat dengan pihak Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) untuk meningkatkan pemahaman berkaitan kepentingan tersebut.